Sunday, January 20, 2008
Kupu kupu syurga
ILMU: Anak Itu Kupu-Kupu Syurga
>
>Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
>kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
>perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
>takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
>akan api neraka ke atas tubuhnya.
>
>Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
>syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
>sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
>menyukai kanak-kanak.
>
>Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
>ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
>daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
>
>Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
>memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap
>dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
>itu turut diperolehinya.
>
>Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
>"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
>cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
>disayangi."
>
>Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan
>dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
>yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
>lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
>memerdekakan anak Nabi Ismail.
>
>Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
>berbakti?"
>Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
>Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
>Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
>terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
>
>Wallahua lam bissawab.
posted by aesyah @ 6:11 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Free shoutbox @ ShoutMix
About Me


Name: aesyah
Home: Malaysia
About Me: Sensitive.
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links
Template by
Free Blogger Templates